Belajar Al-Quran dengan MUDAH
Guru Al Quran berpengalaman Akan membimbing!
UQC Academy bantu anda belajar Al-Quran dengan mudah, dimana saja anda berada! Samaada pemula atau dah pandai,
guru Al Quran yang baik akan ajar ikut masa anda dan boleh pilih ustaz atau ustazah. Seronok, selesa, dan mudah!
UQC Academy
Sejarah Penubuhan
UQC ialah nama singkatan untuk Umara Quranic Centre. Akademi ini ditubuhkan dengan hasrat untuk melahirkan generasi ummah yang cemerlang melalui penghayatan Al-Quran. Penubuhan ini bertujuan untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan berlandaskan ajaran Islam serta mengurangkan pengaruh negatif dan pengaruh barat dalam kehidupan seharian melalui penerapan nilai-nilai Al-Quran. Kami juga menyediakan kelas Tadabbur Al-Quran secara PERCUMA, dibimbing oleh para asatizah yang berkelayakan, bagi membentuk generasi ummah yang lebih berilmu, berakhlak dan berprinsip. UQC dibentuk berdasarkan maklum balas masalah yang diterima dari beratus pelajar, serta cabaran yang dihadapi oleh guru dan pelajar.
Kami menyasarkan:
Kanak-kanak dan remaja – untuk membentuk asas Al-Quran dan akhlak yang kukuh sejak awal, memahami isi kandungan Al-Quran dengan lebih mendalam untuk membentuk generasi yang berakhlak Al Quran
Sasaran utama kami adalah ibu bapa yang komited untuk memastikan anak-anak mereka mula belajar Al-Quran sejak usia awal. Fokus kami merangkumi pengukuhan bacaan Al-Quran, hafazan dan juga penguasaan asas Bahasa Arab, tanpa mengira tahap pendidikan atau latar belakang, asalkan ada keinginan untuk mendalami Al-Quran.
Kami percaya bahawa ibu bapalah yang mencorakkan peribadi anak sejak kecil, dan didikan awal inilah yang akan membentuk akhlak dan hala tuju anak apabila dewasa. Sabda Nabi SAW:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(HR Bukhari & Muslim)
Misi:
Membawa kembali masyarakat kepada kefahaman sebenar Al-Quran melalui tadabbur dan bimbingan yang sistematik serta menyentuh hati.
Visi:
Melahirkan ummah yang mampu membina kehidupan berpaksikan nilai-nilai Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama dalam segala aspek kehidupan.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
- Pulau Pinang, 13100 Penaga
- +6011-5392 0347
- uqcacademy@gmail.com
MEDIA SOSIAL
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus…” (Surah Al-Isra': 9)
UQC Academy ditubuhkan dengan hasrat untuk melahirkan generasi ummah yang cemerlang melalui penghayatan Al-Quran
